Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, March 3, 2012

~Sebahagian Sunnah Nabi Kita~


Salam buat semua dik-beradik MP4..Moga dalam inayah-Nya selalu.
Kali ini, Ateh just nak kongsi satu artikel tentang sunnah Nabi saw. Nampak simple, tapi, insya Allah, jika kita istiqamah mengamalkannya dengan tujuan hendakkan keredhaan Allah, 
moga Allah terus redha dengan kita.
  1. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
  2. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
  5. Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
  6. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
  7. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  8. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  9. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  10. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Selamat beramal semua…Moga terus menghidupkan sunnah Rasulllah saw. Wallahu a’lam.

~Ateh Fatimah~

No comments:

Post a Comment