Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, March 22, 2012

~Sebelum aku Terlambat~




“Fina…nak pergi mana malam-malam ni?” soal ibuku.
Aku tidak mempedulikan pertanyaan ibuku. Ibu menghampiriku.
“Anak ibu nak pergi mana malam-malam ni?” soal ibuku lagi.
“Sukahati sayalah nak pergi mana. Ibu tak payah sibuk boleh.” jawabku dengan kasar.
“Ibu risau Fina nak keluar macam ni. Tak beritahu ibu.” kata ibu.
“Tak payah nak risau-risau. Bukannya Fina keluar tak balik-balik.” aku terus menuju ke pintu pagar.

Ibu masih mengekoriku.
“Ibu nak tahu Fina keluar dengan siapa?Pergi ke mana?” kata ibu. Dia bimbang akan keselamatanku. Sebelum ini, ibu tidah mengetahui ke mana aku pergi setiap malam. Sangkaan ibu, aku berada di dalam bilik tidur selama ini.
Belum sempat aku mengeluarkan sebarang jawapan, sebuah kereta mewah berhenti di hadapan kami berdua. Ibu memandangku dengan pandangan sukar untuk menafsirkan. Tetapi aku tidak mengendahkan pandangan ibu.
“Fina..” ibu menahan lenganku. Aku memandang wajah ibu dengan pandangan marah. Geram pula apabila ada sesuatu menhalang perjalanannya. “Jangan pergi. Ibu tak nak kehilangan Fina.” luah ibu tiba-tiba. Aku menepis tangan ibu.
“Apa ni? Selama hari ni Fina keluar lepak dengan kawan-kawan, Fina balikkan? Ibu jangan nak buat mood Fina hilang boleh tak?!” marahku. Ibu menunduk.

“Ibu sayangkan Fina. Jangan tinggalkan ibu.” kata ibu tetap dengan pendiriannya. Kini di berdiri di hadapanku.
Aku menolak ibu ke tepi. Ibu terjelepok jatuh. “Jangan haling Finalah! Fina dah lambat ni. Ibu pergi masuk, tidur.” tengkingku lalu dengan bongkak aku meninggalkan ibuku yang sudah terasak-asak menahan tangisan. Aku memasuki kereta itu tanpa mempedulikan perasaan ibu yang terlalu membimbangi aku.

Fina tersedar dari lamunannya. Tubuhnya kini separa cacat. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Jika halangan ibu malam kelmarin diikuti, pasti tulang kakinya tidak akan patah. Wajahnya tidak akan rosak hancur seperti ini.
Aku terdengar esakan diluar pintu. Tangisan itu bukan tangisan ibuku..

“Nenek..” nenek menoleh memandangku sambil tersenyum. “Ya sayang.” “Kenapa nenek menangis? Ibu mana? Ibu tak datang jenguk Fina ke?” soalku. “Bila nenek menangis sayang. Ibu..ibu tak dapat nak datang. Dia ada urusan nak diuruskan sekejap.” kata nenek.

Hiba terasa hati, dua minggu aku ditahan wad, ibu langsung tidak melawati aku. Pasti dia kecewa denganku.
“Nenek. Kenapa jalan kita nak balik rumah lain?” soalku. “Pak long nak pergi ziarah kubur sekejap.” kata nenek. Sebak suaranya. Pak long aku melihat kami melalui cermin sisi.

Khadijah bt Badariah 03 Mac 2010.

Aku memandang wajah nenek. Nenek memelukku. “Maafkan nenek sebab tak beritahu Fina hal sebenar.” kata nenek. Aku masih buntu. Pak long juga mengusap belakangku. Dia juga sedih..kehilangan adik bongsunya yang paling baik dan sering membantu keluarga mereka.

Aku merenung surat peninggalan arwah ayah kepada ibu dan surat terakhir ibu untukku. Harapan mereka serupa. “Inginkan aku menjadi anak yang boleh mengajarkan mereka bacaan suci Allah.” Aku menangis mengucup surat ibu. Jantung ini milik ibu. Ibu mengadaikan nyawanya untuk kehidupanku yang masih panjang untuk kembali ke pangkal jalan-Nya. ‘Maafkan Fina.’
Tangisanku tiada siapa yang mendengarinya selain Maha Penciptaku. Aku terasa berdosa mengabaikan tanggungjawabku untuk menjaga ibuku.
‘Ampuni dosaku Ya Allah…’

~Adek Farah~ 

Thursday, March 8, 2012

UNTUKMU, SAYANG..

“Hidup saya sentiasa sedih, kan?”.

****************************************
Assalamualaikum.. J

Apa khabar?
Saya harap, awak OK..
Even, things doesn’t seem right, right now..

Dulu, orang kata DIA HEBAT..
Sekarang, saya kata AWAK HEBAT..
Tolong buktikan kata-kata saya benar..
Jangan mengaku kalah dengan ujian ALLAH ney..

Saya nak cerita something kat awak..
Even perkara ney buat saya nampak teruk..
Tapi perkara ney yang membuka hati dan minda saya..

Dulu..
Saya selalu rasa family saya tak best (teruk kan saya?)..
Ayah saya agak garang, saya tak suka..
Adik-beradik saya macam2 ragam, saya tak suka..
Abang sulung saya perangai macam tu..
Adik perempuan saya perangai macam ney..
Rasa ‘tak suka’ buat saya LUPA..
Saya pernah bergelak ketawa dengan mereka..
Mereka yang dipanggil ‘family’..

Dulu, masa kat sekolah..
Saya selalu rasa kawan2 saya tak best..
Certain2 orang je lar..
Orang tu sikap dia macam tu..
Orang tu sikap dia mcam ney..
Rasa ‘tak best’ buat saya LUPA..
Saya pernah bergurau senda bersama2 mereka..
Mereka, kawan2 yang saya rasa ‘tak best’..

Dulu, time sekolah..
Saya selalu rasa nak pindah sekolah..
Sebab saya rasa, duk sekolah, macam2 masalah..
Awak sendiri tahu apa yang saya lalui..
Bila saya dah keluar..
Dah bergelar ex-student, ex-form 5..
Saya sedar dan tersangat sedar..
Apa yang saya lalui dulu..
Banyak membantu saya pada hari ini..
Masa saya hadapi semua benda2 tu..
Saya rasa lemah sangat2..
Saya rasa sekolah tu bukan tempat saya..
Hari ney, bila saya kenang balik..
Saya rasa, kalau semua tu tak berlaku..
Saya bukan saya yang sekarang..
Ada masalah kat sekolah, kita rasa nak lari..
Kita boleh pindah ke sekolah2 lain..
Ada masalah dalam hidup, kita rasa nak lari..
Tapi kita nak pindah ke kehidupan mana?
Kehidupan selepas mati, bersediakah kita?

Hidup kita ibarat roda yang berpusing..
Adakala, kita ada kat atas..
Adakala, kita ada kat bawah..
Kadangkala, kita rasa gembira..
Kadangkala, kita rasa sedih..
Dalam keadaan apa pun kita..
Walau di mana pun kita..
Biarlah kita sentiasa bersederhana..

Kehidupan, mesti dilalui..
Sedih, gembira, tak boleh nak lari..
Kehidupan akan buat kita matang..
Jika kita betul2 ambik pengajaran..
Di sepanjang perjalanan kehidupan kita..

Mesti awak pernah dengar lagu ney..
Aris Ariwatan, tajuk 1,2,3,4..

“Sayang, dengar lagu ini..
Untuk kau sandarkan buat pedoman..
Jangan, manis terus ditelan..
Pahit terus dibuang, itu bidalan..
Harus kau renungkan..

Andai, kau beroleh bahagia..
Ingat itu bukan untuk selamanya..
Andai, kau dalam sengsara..
Ingat itu bukan untuk selamanya..
Hidup ini sementara..”

Begitulah kehidupan awak..
Ada waktu, awak akan sedih..
Tapi jangan awak LUPA..
Awak pernah ketawa dalam hidup awka..
Awak pernah bergembira dalam hidup awak..
Adakah kehidupan kita sentiasa sedih?
Paling tidak, awak ingat saat2 kita bersama..
Atau saat2 tu pun sedih buat awak?

Jangan LUPA..
Saya di sini, sentiasa untuk awak..
Menyokong awak untuk berdiri dengan lebih teguh..
Menghulurkan tangan bila awak jatuh..
Segalanya, untukmu, sayang…..

~Ini hanya catatan ‘biasa’..
Seringkali manusia mencari yang ‘luar biasa’..
Apabila hanya yang ‘biasa’ diperlukan..
Life is not a bed of roses..

~uda siti~

Saturday, March 3, 2012

~Sebahagian Sunnah Nabi Kita~


Salam buat semua dik-beradik MP4..Moga dalam inayah-Nya selalu.
Kali ini, Ateh just nak kongsi satu artikel tentang sunnah Nabi saw. Nampak simple, tapi, insya Allah, jika kita istiqamah mengamalkannya dengan tujuan hendakkan keredhaan Allah, 
moga Allah terus redha dengan kita.
  1. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
  2. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
  5. Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
  6. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
  7. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  8. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  9. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  10. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Selamat beramal semua…Moga terus menghidupkan sunnah Rasulllah saw. Wallahu a’lam.

~Ateh Fatimah~