Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, May 19, 2012

:::Exam:::


“Mak, doakan angah, final exam tak lama dah”.
“Macam mana ni? Aku takut, final exam dah nak dekat”.
**********************************************************************************
Tersenyum sendiri. Bukan sahaja dialog-dialog sebegini sering kedengaran di telinga, malah pernah juga menuturkannya apabila musim peperiksaan menjelma.
Namun, harus diingat. Doa takkan memberikan kejayaan seandainya doa itu tidak diiringi dengan usaha. Rasa takut takkan memberikan kecemerlangan sekiranya rasa itu tidak mampu mendorong kita untuk berusaha. Pendek kata, kita perlu berusaha.
Dalam sebuah karya Hilal Asyraf, ada meceritakan, seorang pelajar bertanya kepada pensyarahnya, mengapa kita perlu berusaha, jika setiap kejadian itu adalah ketetapan ALLAH. Hanya jawapan pendek, namun bernas yang diberikan oleh pensyarah tersebut, iaitu, “Kita perlu berusaha kerana kita tidak tahu”.
Ya, kita tidak pernah tahu tentang perkara-perkara yang akan berlaku di masa akan datang, hatta sesaat sekalipun. Seandainya kita tahu, ALLAH telah menetapkan bahawa di kita akan berjaya dalam peperiksaan, adakah kita akan berusaha bersungguh dan sehabis daya untuk mencapai kejayaan? Fikirkan.
Namun, harus diingat. Usaha manusia tidak menentukan apa-apa tanpa keizinan dari Yang Esa. Justeru, perlu kita semat dalam hati, bukan usaha kita yang menentukan kejayaan kita supaya kita tidak akan berasa kekecewaan yang teramat seandainya natijah yang kita perolehi tidak seperti apa yang kita usahakan.
Oleh kerana itu, selepas berusaha, kita bertawakkal kepada ALLAH. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita, hamba-hamba-Nya seperti yang disebut dalam satu ayat dari al-Quran, tidak semestinya perkara yang kita suka itu baik untuk kita dan tidak semestinya perkara yang kita benci itu buruk untuk kita.
KEJAYAAN = REDHA + USAHA + DOA + TAWAKKAL
“Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”, Lisa Surihani, Ombak Rindu.

“Sesiapa yang tidak berasa kecewa atau sedih, itu bukan jihad”.
“Saat kecewa, jangan biarkan diri dikuasai emosi yang memberikan laluan mudah pada syaitan untuk menyesatkan kita”.
Akhir kalam, artikel ini sekadar peringatan kerana saya percaya  kalian telah mengetahuinya. ALLAH telah menyarankan kepada kita agar saling ingat-mengingati kerana itu akan memberi manfaat pada kita, insya ALLAH.

:::By : Uda Siti:::

Thursday, May 17, 2012

::Terharunya Aku pada Mak::



Terharunya aku pada mak!!

Kali ini, Ateh just nak bercerita. Sempoi-sempoi je la ye. Hilangkan stress musim-musim exam nih.  Okay, di rumah Malaysia, Ateh selalu solat berjemaah dengan mak. Mak Ateh jadi imam, Ateh dan adik-adik yang lain jadi makmum. Seronok sangat apabila mengingati masa itu. Alhamdulillah.

Tetapi apa yang buat Ateh sebak kekadang ialah apabila melihatkan mak yang selalu tersengguk-sengguk selepas solat semasa membaca wirid. Kekadang, sampai tak sedar mak Ateh mengantuk. Kasihan Ateh apabila melihat keadaan mak Ateh itu.

Yelah, mana taknya, penat sangat sehingga tak ada masa rehat. Pagi bangun awal. Solat Subuh dan terus memasak untuk suami  dan anak-anak sebelum ke sekolah. Mak Ateh guru. Di sekolah, masa pack dan kurang masa senggang. Balik rumah, buat kerja rumah pula. Petang, kemas rumah pula. Malam, buat kerja lain pula.
Ateh bukan saja-saja nak cerita hal mak Ateh. Setiap orang ada mak dan mungkin pengorbanan mak adik-beradik lain lebih hebat dan tanggungjawab mak korang lebih besar. Tetapi Ateh ceritakan hal ini adalah untuk sama- sama mengingatkan diri Ateh dan korang semua untuk sama-sama kita ingat balik jasa dan pengorbanan mak kita.

Ateh fokus pada mak sebab maklah yang paling besar pengorbanannya. Sempena hari ibu?? Bagi Ateh hari ibu ni hari-hari, bukan satu hari, atau satu minggu  atau satu bulan je. Hari-hari kita ingat mak kita, hari-hari kita doakan mak kita, hari-hari apa yang kita buat untuk membalas kembali jasa mak kita.

Apa yang mak kita bagi kepada kita terlalu banyak kalau hendak dibandingkan dengan apa yang kita nak balas. Balasan wang beribu-ribu ringgit pun belum tentu cukup. Subhanallah, besarnya jasa seorang ibu. Sebab itulah, Rasulullah menekankan nilai seorang ibu tiga kali selepas Allah dan Rasul-Nya , kemudian barulah dinilainya seorang ayah.

Ayuh adik beradik sekalian, sama-sama kita ingat Allah, sama-sama kita ingat jasa mak ayah kita, sama-sama kita teruskan berbakti kepada mak ayah kita. Ingat, redha Allah pada redha mak ayah kita. Kita belajar sungguh-sunnguh kerana Allah, tapi dengan itu adalah wasilah untuk kita membalas jasa mak ayah.

Moga sama-sama mengecapi kebahagiaan dalam rahmat-Nya, insya Allah…
Bitaufik wa najah dalam imtihan dan dalam hidup…Moga Allah redha.

Wallahu a’lam.

:: by : Ateh Tengku::

Wednesday, May 9, 2012

::Masa::


MASA….
Ungkapan Biasa..

Namun..

Punya Harga Bukan Sekadar Angka..
X Mmpu Dinilai Akal Yg Ada..
X Bisa Dihitung Meskipun Dgn Mesin Kira..
Ramai Manusia Begitu Alpa..
Pemergian Nya X Siapa Meyapa,

X Siapa Mengingat Semula..
Saat Berlalu X Mgkin Kembali Smula..


Wlaupun Menunggu Hingga Beruban Tua..
Nilainya X Dipeduli Sesiapa..
Jika Dpt  Ia Berbicara..

Akulah Yg Plg Istimewa
Datangnya Tnpa Di Jemput..

Perginya Tnpa Disuruh Paksa
X Akn Kembali Pd Usia Mula 
Walau Dipanggil Sejuta Suara
Setiap Jam Berlalu Tanpa Diambil Kira
Apatah Lagi Minit Ssat Meninggal Hiba…
X Manfaatkan Sesuatu  Pn Yg Berguna
Alangkah Sayu Hati Sang Masa

Hari Kian Dewasa
Menanti  Satu Tranformasi  Menjelma
Ingin Sekali Dihargai Wlaupun Sesaat Sahaja
Namun Penntian Masih Tidak Kunjung Tiba


Tika Janji Ingin Tepati Masa’
Tp Hnya Manis Dikata ..

X Dpt Dikota
Waktu X Ditepati Mnjadi Agenda Biasa
Malah Kian Subur Dlam Smua Acara
Bukan Kerana Masyakkah Yg Menjelma
Tetapi Kerana Sudah Sebati Dlm Dada

X Suka Menuggu..

X Suka Ditggu…
Bibir Berkata Begitu…

Lain Yg Berlaku
Hari Makin Hari  Ketepatan Waktu Diragu 
Malah Menjadi Budaya Baru
Menjadi Warisan Anak Cucu…
Siapakah Yg Memulakan Dulu..?
Dia Atau Aku?
Kamikah? Atau Kamu..?
Fikir Sejenak Dimuka Pintu
Adakah Sifat Muslim Begitu?


Saat Bergegas Menuju Destinasi Janji
Mengharap Yg Lain Turut Menepati
Rela Meninggalkan Apa Yg Pasti
Meninggalkan Pinggn Nasi Yg Masih  Berbaki
Meninggalkan Tidur Yg Diulik Mimpi 
Meniggalkan Laptop Yg Asyik Dijari
Meninggalkan Kitab Yg Sedang Di Ulang Kaji..
 Kaki Dipaksa Memecut Lari
Hati  Berkeras Ingin Menepati 
Membina 1001 Alasan Untk Tetap  Pergi 
Walau Terpaksa Melintas Onak Duri
Anak Itik Anak Ayam X Di Peduli
Meletak Satu Azam Dihati 
Supaya Masa Pasti Ditepati

 Alangkah  Gugur Si Merah Hati
Melihat Ruang Masih  Bnyak Berbaki
Tiada Seorang Yg Hadir Lagi
Rupa2 Nya Aku Yg Terawal Sekali..
Meski Waktu Sudah  Sedikit Melebihi
Akan Tetapi Setia Mennti
Mengharap ‘Mugkin 5 Mnt Lagi’
Emm..Tapi Lain Yg Terjadi
15-30 Mnt Jg Lah Jawpannya Pasti ~

Masa  I2 Bagai Emas Nilainya
Masa I2  Bagai Pedang  Hebatnya
Al-Quran Juga Ad Membicarakannya
Namun Tiada Siapa Yg Fikir  Cakna
Hanya Melihat Ianya Perkara Biasa
Sedarlah Wahai  Ilmuan Agama
Bakal Pencorak Masa Dpn Negara
Tidak Bermaksud Mengata  Sesiapa
Tepuk Dada..Tnyalah Diri Kita
Binalah Smua Dari Kita , Biar Menjadi Ikutan Smua
Biar Apa Org Kata,Asal Kita Berusaha
Man Jadda Wajada
Waman Zaro’a Hasoda
Tidak Mustahil Jika  Diusaha
Cuma Keinginan Pokok Utama

~ wallahua’lam~

                                                                        ~Achik Liza~

Saturday, May 5, 2012

::Allah is Always beside Me::


Allah is always beside Me..

‘Keluhann??’
Seringkali aku mengeluh tanpa rasa bersalah..
Namun..aku seorang manusia..
manusia yang sering mengeluh..
manusia yang sering berduka..
manusia yang sering gembira..
manusia yang sering lalai..
manusia yang sering alpa..

Tetapi…
Dia tetap bersamaku..
Dia sering menemaniku dikala suka dan duka..
Bahkan..
Dia sering memberikan aku kekuatan untuk terus hidup..

Namun..
aku?
Aku sering meninggalkanNya.,
Aku sering melupakanNya..

Dia..
Sungguh..
Sungguh Maha Penyayang..
Sungguh Maha Pengasih..
Sungguh Maha Pengampun..


‘Terima Kasih Ya Allah…Kerana..sentiasa berada disampingku..’

By : Adik Farah