Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, December 28, 2011

~Yang dekat sudah cukup menjadi Peringatan~



Salam ukhuwah buat semua. Semoga MP4 sihat selalu hendaknya. Ateh tak tahu nak tulis apa, cuma kali ini Ateh nak berkongsi sesuatu. Semasa nak buka sohbah, kekadang terasa sangat bahang haba pada sohbah itu. Kemudian, satu hari itu, Allah hadirkan rasa pada Ateh.

Dub…Dub…Dub….

Berdebar korang semua. Rasa apa itu agak-agaknya. Rasa cinta? Mesti lah Ateh sayang adik-beradik MP4 Ateh ini. Pasal tadi tu, sebenarnya, Ateh rasa panas sangat. Yelah, buka sohbah sekali-sekala, mesti la masa mula-mula nak pasang tu terasa habanya.

Tetapi, Allah menghadirkan ilham untuk berfikir sejenak. Baru pasang sohbah, duduk dekat sohbah, rasa panas tu kadang-kadang hebat juga. Tapi, itu baru sohbah, benda yang terlalu kecil dan kurang panas jika hendak dibandingkan dengan PANASNYA NERAKA.

Lagipun, Ateh pernah dengar bahawa api neraka itu sebenarnya sudah dibilas dengan 70 buah sungai di syurga sebelum menjadi api di dunia ini. Kalau salah tolong betulkan ye! Subhanallah, sudah dibasuh dan dibilas sebanyak itu pun sudah panas  kan? Macam mana lah dekat akhirat nanti?
Itulah, kadang-kadang, benda yang berada dekat-dekat kita itu pun sebenarnya sudah cukup memberi peringatan buat diri kita yang selalu lalai ini. Semasa kita memasak, kekadang terpercik minyak panas sedikit pun sudah menjerit sakan. Panas matahari yang beribu-ribu jengkal daripada kita pun sudah hangat jiwa dibuatnya, apatah lagi kalau matahari hanya sejengkal sahaja di atas kepala.

Semoga kita sama-sama beringat. Apa yang Ateh kongsikan ini pun untuk diri Ateh khususnya. 

"Ya Allah Kau selamatkanlah kami daripaad azab neraka-Mu. Masukkanlah kami dalam syurga-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa ingat pada-Mu. Amin."

Semoga bermanfaat buat semua MP4….
Salam sayang rindu cinta kerana-Nya dari Ateh buat kalian….

~Ateh Tengku~

~Untukmu Wanita~



Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis Riwayat Muslim, 
“ Harta yang paling berharga di dunia adalah 
wanita yang solehah.”

Ramai wanita menisbahkan kemuliaan wanita pada kecantikan semata-mata. Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.

Tetapi ini adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya. Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah s.w.t. adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah.

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan wanita mampu merubah segala-galanya.

Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah. Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya, manakala sebagai ibu pula, dia akan menjadi ibu mithali yang akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang.

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat ke-24 yang bermaksud:

“ Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh, baik lelaki mahupun wanita sedang  ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.”

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya mahupun perhiasan diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malunya dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya sama ada wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, dan sebagainya.

Idola yang paling terbaik buat wanita untuk dicontohi adalah Saidatina Khadijah r.a, isteri tercinta Rasulullah s.a.w.

“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepada ku saat semua orang ingkar, yang percaya kepada ku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan.”

Begitulah Rasulullah s.a.w. berkata tentang keperibadian Ummul Mukminin. Seorang  isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.

Saidatina Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.
Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justeru jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak terngiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah Khuwailid r.a.

Saidatina Khadijah r.a. merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan RasulNya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah s.a.w. dalam melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah s.a.w. Adakah wanita pada zaman kini mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini?

Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah Ummul Mukminin ini. Buat wanita solehah di luar sana, yang bergelar seorang pelajar, anak, isteri mahupun ibu mengambil ibrah dari kisah Saidatina Khadijah ini. Jadilah seorang pelajar yang cemerlang, seorang anak yang berbakti pada kedua ibu bapanya, isteri yang solehah, dan juga ibu yang mithali supaya generasi yang akan datang akan terus menyemarakkan Islam.

Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan, “ sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang, jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

~Kak Long Kira~

Sunday, December 18, 2011

Selami Iktibar Dari Kisah Hidup MUSTAFA KEMAL ATATURK..



NAMA:
Mustaffa (manusia pilihan), Kemal (sempurna), Ataturk (bapa rakyat turki)

TARIKH LAHIR:
Tahun 1881

TEMPAT LAHIR:
Salonik,kawasan Yahudi Daulamah iaitu sekumpulan Yahudi dari Sepanyol yang berhijrah ke situ.

NAMA BAPA:
Ali Riza Efendi

PEKERJAAN BAPA:
Pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak

NAMA IBU:
Zübeyde Hanım.

KETURUNAN:
Yahudi.



Undang-undang yang di gubal oleh Kemal Ataturk:

1.    Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2.    Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3.    Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.


4.    Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."


5.    Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6.    Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7.    Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8.    Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9.    Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.  Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.


12.  Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.  Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.  Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.  Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.  Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.  Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.  Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



Disaat kematiannya beliau menghidap penyakit yang sangat menyiksakan..

1.    Di datangkan penyakit kulit sampai ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2.    Sakit jantung.

3.    Panas sepanjang masa sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga di arah untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


·  Akibat kepanasan yang teramat sangat, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang betanggungjawab telah menghantar beliau ketengah lautan dan di letakkan di dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

·         26 september 1938 pengsan selama 28 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi hilang ingatan.


·         9 November 1983 pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.


·         Sewaktu beliau meninggal dunia, tiada siapa yang memandikan, mengafan dan menyembahyangkan mayat itu.

·         Mayatnya diawet selama 9 hari 9 malam. Adik perempuannya meminta ulama'-ulama' turki untuk menguruskan mayat abangnya.

·         Tanah tidak menerima mayatnya ketika hendak dikebumikan. Di sebabkan putus asa, mayatnya telah diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium selama 15 tahun. Mayatnya hendak di tanam semula, tetapi,Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tidak menerimanya.

·         Habis ikhtiar, mayatnya di letakkan di dalam keranda timah dan di bawa ke satu bukit di tanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya di tanam di celah-celah batu marmar.

·         Ulama'-ulama' sezaman denga Kemal Ataturk telah mengatakan :
"Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kemal Ataturk!''


~By Nurul Uyun~

Friday, December 16, 2011

~Pinjamkan Aku Bahumu..~

بسم الله الرحمن الرحيم

''Pinjamkan aku bahumu..''

Adakalanya,kita terasa begitu lemah untuk meneruskan perjalanan hidup ini.. Mehnahnya membuatkan kita lemah hingga terduduk menangis..
ketika itu, hati mula bermonolog..

''Allah..aku tak mampu untuk ini..''


Adakah kerana kita wanita?
Adakah kerana kita kaum hawa?

Tika ini siapa yang akan hadir mengesatkan air mata yang jatuh ke pipi,
sambil mengukir sekuntum senyuman buat kita?


Dia datang dengan tenang..
sambil menghulurkan sekuntum senyuman..
di hadiahkan pula sebuah pelukan seorang sahabat..
dilepasnya pelukan itu..pantas tangan ku di genggam erat..

"Aina ada satu cerita..awak mesti dengar!" 
aku hanya tunduk membisu sambil meminjam bahu kanannya..



Dia mula bercerita...
  ''Di hujung sebuah kampung,tinggal seorang ibu dan 2 orang anak..
abang dan adik..''

''Suatu hari..si abang minta RM200 pada ibu untuk beli buku dan peralatan sekolah..tiba-tiba,si adik ternampak..dia masih tadika..si adik juga pergi ke ibu, lalu meminta sejumlah wang yang sama sepertimana permintaan si abang..''

lalu si ibu bertanya..
"adik nak buat apa duit banyak-banyak?''
jawab adik..
''adik nak beli aiskrim!''


Sambil mengusap-ngusapku, Aina teruskan lagi ceritanya dengan menimbulkan persoalan kepadaku..

''Ermmm...agak-agak awak, si ibu nak bagi tak duit pada si adik?''
sambil menoleh ke arahku yang masih tunduk, dan dia berkata lagi..
  ''Aina tahu..awak ada jawapannya..dan jawapan itu,sudah tentunya tidak..''
''Sebab...si ibu tahu...apa yang terbaik untuk anak-anaknya..
Begitu juga dengan Allah..
DIA takkan beri apa yang kita nak..
tp, DIA akan beri apa yang kita perlu sayang..
sebab..DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk awak!''


Cereka pendek  pertama ini saya karang khas buat awak..
Sehingga berjumpa lagi..
Semoga, selepas ini ,awak masih sudi meminjamkan bahu kanan awak buat saya..
kerana awak bukan sekadar SAHABAT,tapi PENGUAT SEMANGAT..
Terima Kasih Teman.^^

~By Nurul Uyun~