Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunday, February 26, 2012

~Peringatan untuk kita..~

             Assalamualaikum…
                 salam pembuka bicara..
                     penghidup sunnah..
                         pengikat ukhuwah..
                              penguat mahabbah..






فذكر فإن الذكر تنفع المؤمنين

“berilah peringatan..sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat utk org muslim yg lain”

Sahabat yg dirahmati allah..

Sepanjang perjalanan kita sebagai seorang musafir di bumi allah…bnyak nikmat dan kurniaan allah kpd kita..tiada nilai untk dihitung,tiada kalimah utk diungkap..nikmat yg CUKUP banyak..
Oleh yang demikian itu, jangan sesekali beratkan lidah  menyebut..

Alhamdulillah…alhamdulillah …
dan akan tetapi….ketahuilah bahawa nikmat  paling besar yang Allah kurniakan kpd kita ialah…ISLAM..
Apabila kita telah mengetahui bahawasanya Allah s.w.t mengharamkan syurga bagi mereka yang kufur terhadapnya, maka dari itu kita tahu bahawa sebesar-besar nikmat ialah NIKMAT ISLAM.

 وإذا أراد الله عبد خيرا توفاه على الإسلام

“apabila Allah menginginkan bagi hambanya kebaikan, maka dia dimatikan dalam beragama Islam..”

Nabi pernah berdoa :
اللهم يا مقلب القلوب, ثبت قلبي على دينك  

“ wahai yang menetapkan hati-hati..tetapkanlah hatiku diatas agamamu..”

dan Nabi s.a.w telah pun memberitahu bahawa antara tanda-tanda fitnah akhir zaman….orang yang malamnya muslim dan paginya kafir, atau paginya kafir petangnya dia beriman…


Dan hari ini  kita lihat di sekeliling kita,berbagai perkara yang disebarkan yang berbentuk syubahat (penipuan dan perkara yang meragukan) , dan yang berbentuk syahwat (yang membangkitkan nafsu)…tidak syak lagi bahawa ini semua dapat menyebabkan seseorang itu berpaling dari agamanya.., tetapi Allah yang Maha Tinggi apabila mencintai seseorang hamba maka akan diwafatkan dia dalam Islam..dan..setiap perkara yang  ditarik daripada kita pasti akan ada gantinya dari Allah kecuali….agama(maka tiada gantinya)..dan apabila Allah mencintaimu, maka DIA akan menetapkan kematianmu dalam Islam, supaya kamu mati dalam Islam…dalam Islam..dalam Islam..

Bagaimana kita tahu bahawa kita tetap di atas Islam…. ia nya adalah..apabila kita merasa gembira tatkala kita mentaati allah..janganlah dilakukan sesuatu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya tapi lakukanlah sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri pada Allah…

Allah tidak dimudaratkan oleh kemaksiatan kita..tetapi kitalah yang binasa apabila kita melakukan maksiat dan mati dalam keadaan Islam dalam apa jua keadaan jauh lebih baik berbanding mati dalam kekufurun…sebagaimana disebut dalam doa para solihin..:

 اللهم أني أحبك وإن كنت أعصيك

“ ya Allah,sesungguhnya aku mencintaiMu walaupun aku bermaksiat kepadaMu..”

dan seorang sahabat yang mulia, Amru ibn al-ash tatkala hampir waktu kewafatannya berkata :

‘ ya Allah, aku bukanlah seorang yang lepas ( dari dosa), maka aku memohon pengampunan, dan bukanlah aku orang yang kuat ( dlm ibadah),maka aku mohon pertolongan..dan, tiada bantuan serta kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah s.w.t.’

Apabila Allah telah menetapkan  kita untuk solat subuh berjemaah, setelah kaki melangkah keluar dari masjid..hadirlah perasaan gembira…kerana..bahawasanya Allah dengan rahmatNya telah membangunkan kita dari tempat tidur dan menyebabkan kita berdiri di hadapan-Nya dan membawa kita bergerak menuju ke rumah-Nya (masjid)…inilah  yang kita harapkan..mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan untuknya, maka ditetapkan dan dimatikan di atas agamanya…tidak ada kegembiraan yang lebih besar dari seorang hamba selain kegembiraannya terhadap Islam…

~Achik Liza~

No comments:

Post a Comment