Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunday, June 3, 2012

:::JANJI:::



::Janji::


“Aisya..” Elisa menahan lenganku.
Aisya menoleh. “Lisa. Kenapa ni?” soalku. Hairan melihat Elisa tercunggap-cunggap.
“Aisya boleh tolong Lisa tak?” soalnya. “InsyaAllah..Ada apa ni?”

Aku menanti teman Elisa dengan penuh kesabaran. Ikutkan hati ingin sahaja tinggalkan tempat itu. Tapi..mana mungkin, aku telah berjanji untuk membantunya.

“Assalamualaikum.” kedengaran suara itu bukan suara wanita tetapi…
Aku segera bangun. Angkara Elisa. Dia pasti bersama lelaki ini merancangkan hal ini.
Aku terus mengatur langkah untuk beredar. “Sekejap. Ada sesuatu yang saya nak cakapkan pada awak.” kata lelaki itu.
“Bukan macam ni caranya. Berduaan macam ni mengundang kemurkaan Allah. Saya takutkan Allah.” kata Aisya lalu beredar meninggalkan lelaki itu.

Berbanyakkan bertaubat dan muhasabah diri..itu pesan bapaku tempoh hari.
Aku berlapang dada dengan perbuatan Elisa tempoh hari. Dia meminta maaf kepadaku.
Janjinya dia tidak akan melakukan hal itu lagi.

“Dia ikhlas mencintai kau Aisya..” kata-kata Elisa terngiang ditelingaku.

Bukan aku mahu menolak cinta yang hadir untukku tetapi sanggupkah aku melukai hatiku buat dua kalinya. Ibu bapaku bagaimana? Mereka terlalu membimbangkan aku suatu ketika dahulu. Lelaki durjana..dayus. Melukai hatiku..ibu bapaku..memalukan keluargaku sendiri.

“Aisya..” ibuku menjengah mukanya di muka pintu.
“Ibu..masuklah.” jemputku.
Wajah ibu kelihatan gusar disebalik ketenangannya. Pasti ada sesuatu berita yang dia tahu aku tidak sukai.
“Ibu nak minta maaf kalau apa yang ibu katakan akan melukai Aisya ya.” kata ibuku.
Aku sekadar mengangguk. Mana mungkin aku tidak akan memaafkan ibuku.
“Sebenarnya ibu dengan ayah panggil Aisya balik..ada sesuatu yang kami nak tanyakan dekat Aisya.” kata ibu. Aku tahu dan pasti mengenai apa. Tetapi aku hanya mendiamkan diri mendengar kata ibuku.
“Sabtu lepas..ada orang datang merisik Aisya. Ibu tahu Aisya pasti menolak..tapi..ibu harap Aisya boleh pertimbangkan dulu..sebelum menolak pinangan tu.” kata ibu.
Mungkin tak salah aku menerima pinangan itu. Tapi..hatiku Ya Allah..payah untuk membukanya buat kali keduanya setelah lelaki itu melukai aku dengan teruk.
“Ibu takkan paksa Aisya. Tapi..Aisya fikir-fikirkan. Kalau Aisya bersedia. Beritahu ibu ya.” katanya.
“Ibu..” aku menahannya. Ibuku menoleh.
“Aisya ikutkan keputusan ibu dengan ayah.” bagaimana mulutku boleh mengeluarkannya dengan yakin? Ya Allah..kuatkan hatiku.

“Maafkan Farhan..dia bersalah kerana membuat keputusan seperti ini di saat genting.” kata Datin Ros.
Menitis air mata aku mendengar ucapan wanita separuh umur itu. Dugaan apakah ini?
“Farhan tak nak lukakan hati Aisya. Tapi keputusannya untuk putuskan pertunangan..demi kebaikan Aisya.” kata wanita itu lagi. “Maafkan mama..” sambungnya sambil memelukku erat. Aku menangis di bahu wanita itu.
Perkahwinanku dibatalkan serta merta. Ibu dan ayah tidak menyalahkanku walaupun orang kampungku membawa mulut yang buruk mengenaiku.
Ayah membuat keputusan untuk berpindah setelah melihat penderitaan aku menanggung cacian orang kampong.
Kasihan melihat mereka. Mungkin ada hikmah disebalik pemutusan pertunangan itu.

“Farhan..” aku menegur bekas tunangku. Hah..syukur ya Allah..Kau menunjukkan perlakuannya yang sebenar kepadaku.
“Aisya..” genggaman tangan gadis di sebelahnya dilepaskan.
“Aisya bersyukur Allah tunjukkan semuanya di depan mata Aisya. Tak perlu Aisya rasa lemah lagi di atas pengkhianatan Farhan.” kataku.
“Berbahagialah Farhan dengan kemaksiatan yang Farhan lakukan sekarang.” sambungku, sebelum aku melangkah kaki beredar dari situ. Farhan mengejarku.
“Abang..” panggilan gadis seksi itu tidak diendahkan oleh bekas tunangku.

“Aisya..” aku tersedar daripada lamunanku yang panjang. Air mataku dikesat segara supaya ibuku tidak melihatnya.
“Siap sedia..bakal mertuamu akan masuk.” kata ibu. Aisya menarik nafas dalam menahan debar di dada.
“Assalamualaikum..” “Waalaikumussalam..” jawab sepupuku yang menemani aku di dalam bilik. Bakal ibu mertuaku masuk dengan senyuman manis dilemparkan kepadaku. Aku membalasnya.
“Terima kasih menerima kami. Kami keluarga yang beruntung jika memperoleh Aisya..” katanya. Aku sekadar menunduk malu atas pujian itu.

Cincin emas itu disarungkan. Tempoh ikatan pertunangan itu hanya seminggu. Kata mereka, tidak mahu mengikat pertunangan terlalu lama. Tidak mahu perkara berulang dua kali katanya. Aku hanya membiarkan maksud tersirat itu. Mungkin tunangku juga mengalami perkara yang sama sepertiku.

Halaman rumahku sudah cantik dihiasi hiasan majlis perkahwinanku. Semua ini kehendak keluarga tunangku. Bagi aku dan keluarga, bersederhana sudah cukup diidamkan. Tetapi mereka mahu aku disambut dengan meriah. Aku bersyukur kerana keluarga mereka menerimaku apa adanya.

“Aisya..kau dah tengok wajah bakal suami kau?” soal Julia, sepupu rapatku.
“Tak..aku tak tengok. Aku tak bersedia untuk melihatnya.” kata Aisya.
“Aisya..jangan kau ingatkan lagi kisah silam kau. Sekarang..Allah membuka pintu hati kau untuk menerima dia seadanya. Nabi pun mengajar kita untuk melihat siapa yang bakal kita kahwini.” kata Julia mengingatkanku.
‘Ya Allah..kuatkan hatiku.’ Hanya tinggal beberapa jam, aku akan meninggalkan zaman bujangku. Janganlah Kau mengujiku seperti dulu..desisku.

Tok..Tok.. Julia membuka pintu untukku. Sahabatku tersenyum ke arahku. Elisa.
“Tahniah..kau bakal menjadi isteri sebelum Lisa.” kata Elisa. Aku tersenyum malu.
“Aisya..Lisa nak minta maaf.” katanya. Aku memandang ke arah temanku.
Julia memandang ke arahku. Ya Allah..kenapa lelaki ini muncul di saat ini.
“Cantik Aisya memakai baju ini.” katanya. Aku memandangnya dengan penuh kebencian.
“Farhan buat apa dekat sini?” soalku. Genggaman tanganku kuat memohon kekuatan daripada Julia. Julia memahamiku. Dia bersamaku di saat aku ditinggalkan sebelum perkahwinanku.

Mataku terpandangkan wajah wanita yang amatku kenali. Ya..Datin Ros bersama suaminya. Tak mungkin ibu bapaku menjemput mereka. Hampir setahun, ibu dan ayah tidak menghubungi mereka kerana menghormatiku.

“Aku terima nikah Nur Aisya Amalina bt Ahmad Zulkarnain dengan mas kahwin tiga ratus tiga puluh tiga ringgit tunai..” berlinangan air mataku jatuh ke bumi. Sebak di dada terasa. Akhirnya semua penderitaanku terubat. Kerisauanku hilang. Syukur ya Allah..
“Tahniah sayang ibu. Semua lukamu akan terubat.” bisik ibuku ketika memelukku.
Julia memelukku. “Tahniah.”

Aku menunduk debar ketika lelaki yang ku lihat dari belakangnya menghampiriku.
“Assalamualaikum..” ya..suara itu. Aku pernah mendengarnya memberi salam kepadaku.
Aku menoleh tepat ke arahnya. Ya Allah..lelaki ini. Lelaki yang pernah Elisa temukan untukku.
Dia menghulurkan tangannya untuk aku menyambutnya. Bergetar tanganku untuk menyambut huluran itu. “Aku bertunang denganmu bukan untuk mengkhianatimu seperti kau pernah alaminya. Aku ingin mengubatinya sehingga ia sembuh sepenuhnya.” bisiknya kepadaku ketika aku mengucup tangannya. Aku memandang tepat matanya. Dia tersenyum manis ke arahku lalu air mataku dikesat kasih.

Dia menggagumi aku yang tabah menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah. Tidak mengendahkan kata orang demi ibu dan bapaku. Aku bersyukur kerana masih ada lagi keluarga seperti itu. Datin Ros dan suami mengucapkan tahniah kepadaku. “Maafkan mama..” katanya kepadaku. Dia yang memperkenalkan aku kepada lelaki itu. Terima kasih Datin Ros. Farhan kisah silam yang patut aku lupakan. Bak kata ibu, perkara yang sudah berlalu jangan diingatkan lagi. Biarkan menjadi satu kisah dalam hidup kita. Kini..Hazrin adalah kisahku yang patut aku pelihara rapi.


~Kiasan khas buat wanita..~

~Jangan mengabaikan penghormatanmu..
hanya kerana ingin menepati janjimu..
Allah mengetahui setiap apa..
yang kamu lakukan..~
:::By : Adik Farah:::

No comments:

Post a Comment