Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, May 19, 2012

:::Exam:::


“Mak, doakan angah, final exam tak lama dah”.
“Macam mana ni? Aku takut, final exam dah nak dekat”.
**********************************************************************************
Tersenyum sendiri. Bukan sahaja dialog-dialog sebegini sering kedengaran di telinga, malah pernah juga menuturkannya apabila musim peperiksaan menjelma.
Namun, harus diingat. Doa takkan memberikan kejayaan seandainya doa itu tidak diiringi dengan usaha. Rasa takut takkan memberikan kecemerlangan sekiranya rasa itu tidak mampu mendorong kita untuk berusaha. Pendek kata, kita perlu berusaha.
Dalam sebuah karya Hilal Asyraf, ada meceritakan, seorang pelajar bertanya kepada pensyarahnya, mengapa kita perlu berusaha, jika setiap kejadian itu adalah ketetapan ALLAH. Hanya jawapan pendek, namun bernas yang diberikan oleh pensyarah tersebut, iaitu, “Kita perlu berusaha kerana kita tidak tahu”.
Ya, kita tidak pernah tahu tentang perkara-perkara yang akan berlaku di masa akan datang, hatta sesaat sekalipun. Seandainya kita tahu, ALLAH telah menetapkan bahawa di kita akan berjaya dalam peperiksaan, adakah kita akan berusaha bersungguh dan sehabis daya untuk mencapai kejayaan? Fikirkan.
Namun, harus diingat. Usaha manusia tidak menentukan apa-apa tanpa keizinan dari Yang Esa. Justeru, perlu kita semat dalam hati, bukan usaha kita yang menentukan kejayaan kita supaya kita tidak akan berasa kekecewaan yang teramat seandainya natijah yang kita perolehi tidak seperti apa yang kita usahakan.
Oleh kerana itu, selepas berusaha, kita bertawakkal kepada ALLAH. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita, hamba-hamba-Nya seperti yang disebut dalam satu ayat dari al-Quran, tidak semestinya perkara yang kita suka itu baik untuk kita dan tidak semestinya perkara yang kita benci itu buruk untuk kita.
KEJAYAAN = REDHA + USAHA + DOA + TAWAKKAL
“Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”, Lisa Surihani, Ombak Rindu.

“Sesiapa yang tidak berasa kecewa atau sedih, itu bukan jihad”.
“Saat kecewa, jangan biarkan diri dikuasai emosi yang memberikan laluan mudah pada syaitan untuk menyesatkan kita”.
Akhir kalam, artikel ini sekadar peringatan kerana saya percaya  kalian telah mengetahuinya. ALLAH telah menyarankan kepada kita agar saling ingat-mengingati kerana itu akan memberi manfaat pada kita, insya ALLAH.

:::By : Uda Siti:::

No comments:

Post a Comment