Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, May 17, 2012

::Terharunya Aku pada Mak::



Terharunya aku pada mak!!

Kali ini, Ateh just nak bercerita. Sempoi-sempoi je la ye. Hilangkan stress musim-musim exam nih.  Okay, di rumah Malaysia, Ateh selalu solat berjemaah dengan mak. Mak Ateh jadi imam, Ateh dan adik-adik yang lain jadi makmum. Seronok sangat apabila mengingati masa itu. Alhamdulillah.

Tetapi apa yang buat Ateh sebak kekadang ialah apabila melihatkan mak yang selalu tersengguk-sengguk selepas solat semasa membaca wirid. Kekadang, sampai tak sedar mak Ateh mengantuk. Kasihan Ateh apabila melihat keadaan mak Ateh itu.

Yelah, mana taknya, penat sangat sehingga tak ada masa rehat. Pagi bangun awal. Solat Subuh dan terus memasak untuk suami  dan anak-anak sebelum ke sekolah. Mak Ateh guru. Di sekolah, masa pack dan kurang masa senggang. Balik rumah, buat kerja rumah pula. Petang, kemas rumah pula. Malam, buat kerja lain pula.
Ateh bukan saja-saja nak cerita hal mak Ateh. Setiap orang ada mak dan mungkin pengorbanan mak adik-beradik lain lebih hebat dan tanggungjawab mak korang lebih besar. Tetapi Ateh ceritakan hal ini adalah untuk sama- sama mengingatkan diri Ateh dan korang semua untuk sama-sama kita ingat balik jasa dan pengorbanan mak kita.

Ateh fokus pada mak sebab maklah yang paling besar pengorbanannya. Sempena hari ibu?? Bagi Ateh hari ibu ni hari-hari, bukan satu hari, atau satu minggu  atau satu bulan je. Hari-hari kita ingat mak kita, hari-hari kita doakan mak kita, hari-hari apa yang kita buat untuk membalas kembali jasa mak kita.

Apa yang mak kita bagi kepada kita terlalu banyak kalau hendak dibandingkan dengan apa yang kita nak balas. Balasan wang beribu-ribu ringgit pun belum tentu cukup. Subhanallah, besarnya jasa seorang ibu. Sebab itulah, Rasulullah menekankan nilai seorang ibu tiga kali selepas Allah dan Rasul-Nya , kemudian barulah dinilainya seorang ayah.

Ayuh adik beradik sekalian, sama-sama kita ingat Allah, sama-sama kita ingat jasa mak ayah kita, sama-sama kita teruskan berbakti kepada mak ayah kita. Ingat, redha Allah pada redha mak ayah kita. Kita belajar sungguh-sunnguh kerana Allah, tapi dengan itu adalah wasilah untuk kita membalas jasa mak ayah.

Moga sama-sama mengecapi kebahagiaan dalam rahmat-Nya, insya Allah…
Bitaufik wa najah dalam imtihan dan dalam hidup…Moga Allah redha.

Wallahu a’lam.

:: by : Ateh Tengku::

No comments:

Post a Comment