Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, December 28, 2011

~Yang dekat sudah cukup menjadi Peringatan~



Salam ukhuwah buat semua. Semoga MP4 sihat selalu hendaknya. Ateh tak tahu nak tulis apa, cuma kali ini Ateh nak berkongsi sesuatu. Semasa nak buka sohbah, kekadang terasa sangat bahang haba pada sohbah itu. Kemudian, satu hari itu, Allah hadirkan rasa pada Ateh.

Dub…Dub…Dub….

Berdebar korang semua. Rasa apa itu agak-agaknya. Rasa cinta? Mesti lah Ateh sayang adik-beradik MP4 Ateh ini. Pasal tadi tu, sebenarnya, Ateh rasa panas sangat. Yelah, buka sohbah sekali-sekala, mesti la masa mula-mula nak pasang tu terasa habanya.

Tetapi, Allah menghadirkan ilham untuk berfikir sejenak. Baru pasang sohbah, duduk dekat sohbah, rasa panas tu kadang-kadang hebat juga. Tapi, itu baru sohbah, benda yang terlalu kecil dan kurang panas jika hendak dibandingkan dengan PANASNYA NERAKA.

Lagipun, Ateh pernah dengar bahawa api neraka itu sebenarnya sudah dibilas dengan 70 buah sungai di syurga sebelum menjadi api di dunia ini. Kalau salah tolong betulkan ye! Subhanallah, sudah dibasuh dan dibilas sebanyak itu pun sudah panas  kan? Macam mana lah dekat akhirat nanti?
Itulah, kadang-kadang, benda yang berada dekat-dekat kita itu pun sebenarnya sudah cukup memberi peringatan buat diri kita yang selalu lalai ini. Semasa kita memasak, kekadang terpercik minyak panas sedikit pun sudah menjerit sakan. Panas matahari yang beribu-ribu jengkal daripada kita pun sudah hangat jiwa dibuatnya, apatah lagi kalau matahari hanya sejengkal sahaja di atas kepala.

Semoga kita sama-sama beringat. Apa yang Ateh kongsikan ini pun untuk diri Ateh khususnya. 

"Ya Allah Kau selamatkanlah kami daripaad azab neraka-Mu. Masukkanlah kami dalam syurga-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa ingat pada-Mu. Amin."

Semoga bermanfaat buat semua MP4….
Salam sayang rindu cinta kerana-Nya dari Ateh buat kalian….

~Ateh Tengku~

No comments:

Post a Comment